<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Seru Bela Mekanisme Perdagangan Multilateral

    (CRI)Sabtu 03 Mei 2025

    Wakil China menyeru negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) supaya bersatu padu untuk menentang unilateralisme dan proteksionisme demi membela mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan WTO.

    Wakil China turut membidas dakwaan yang tidak benar mengenai "lebihan produktiviti” China yang dianjurkan Amkerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain, di samping mencela langkah "tarif timbal balik" dan dasar subsidi bersifat diskriminasi yang dilaksanakan AS merosakkan peraturan WTO.

    Mesyuarat Jawatankuasa Subsidi dan Langkah Timbal Balas WTO diadakan di Geneva, Switzerland pada Selasa.

    Wakil China dalam mesyuarat kali ini berkata, tiada piawaian tentang “lebihan produktiviti”. Ketidak seimbangan bekalan dengan permintaan adalah perkara normal. Beberapa negara anggota termasuk AS menggembar-gemburkan “lebihan produktiviti” adalah tindakan bertentangan dengan undang-undang ekonomi dan logik globalisasi, manakala hakikinya adalah bimbang daya saing dan kuotanya di pasaran, serta menggunakan “lebihan produktiviti” sebagai alasan untuk mengekang China.

    Apa yang disebut “tarif timbal balik” AS menjejaskan perdagangan global dan kepentingan anggota membangun. China tetaplah “penstabil” bagi pertumbuhan perdagangan dunia dan sentiasa berdiri bersama-sama anggota membangun, kata wakil China itu.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频