<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Lancar Satelit Geganti Data Baharu

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 28 April 2025
    China Lancar Satelit Geganti Data Baharu
    Sebuah roket pembawa Long March-3B yang membawa satelit Tianlian II-05 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China, pada 27 April 2025. (Xinhua/Yang Xi)

    China dengan jayanya menghantar satelit geganti data baharu ke dalam orbit dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China, pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut Xinhua, satelit Tianlian II-05 telah dilancarkan tepat pukul 11.54 malam dibawa oleh roket pembawa Long March-3B dan memasuki orbit seperti yang dirancang.

    Difahamkan, Tianlian II-05 merupakan satelit geganti data orbit geosegerak generasi kedua China.

    Lapor Xinhua, ia menyediakan perkhidmatan geganti data dan TT&C (telemetri, penjejakan dan arahan) untuk kapal angkasa lepas bermanusia seperti kapal angkasa dan stesen angkasa, untuk satelit sumber rendah-Bumi-orbit dan pengantara, serta sokongan TT&C untuk pelancaran kapal angkasa.

    Untuk rekod, ia merupakan misi penerbangan ke-572 bagi siri roket pembawa Long March.

    Sebuah roket pembawa Long March-3B yang membawa satelit Tianlian II-05 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China, pada 27 April 2025. (Xinhua/Yang Xi)
    Sebuah roket pembawa Long March-3B yang membawa satelit Tianlian II-05 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China, pada 27 April 2025. (Xinhua/Yang Xi)
    Sebuah roket pembawa Long March-3B yang membawa satelit Tianlian II-05 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China, pada 27 April 2025. (Xinhua/Yang Xi)

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频