<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan

    (CRI)Khamis 27 Februari 2025

    China menuntut Amerika Syarikat (AS) berhenti membekalkan senjata kepada Taiwan dan menghentikan segala usaha merosakkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.

    Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai pentadbiran Donald Trump baru-baru ini membuka semula dana “bantuan asing” sejumlah USD5.3 bilion termasuk bantuan ketenteraan kepada Taiwan berjumlah USD870 juta.

    Lin berkata China memberikan perhatian serius berhubung perkara tersebut.

    Ujarnya pemberian bantuan ketenteraan oleh AS kepada Taiwan jelas melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

    Bahkan ia turut mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, selain memberi isyarat salah kepada pihak pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.

    China akan memantau perkembangan situasi, selain dengan tegas membela kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara, tegas Lin.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频