<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Wang Yi Ulangi Dasar China terhadap AS

    (CRI)Sabtu 15 Februari 2025

    Dasar China terhadap Amerika Syarikat (AS) kekal stabil dan konsisten yakni memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.

    Demikian ujar ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi ketika menghadiri sesi 'China in the World' sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-61 pada Jumaat.

    Wang mengulangi pendirian Beijing bersedia membina hubungan bilateral yang stabil, sihat dan mampan dengan Washington bersandarkan tiga prinsip tersebut.

    Hendaklah menemui cara pergaulan yang tepat sesama kuasa besar dan berharap AS dapat bertindak sehaluan dengan China, ujar beliau.

    Wang menegaskan, jika AS terus berdegil menindas dan menyekat China, tindakan balas pasti akan diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara, maruah bangsa serta hak pembangunan yang sah.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频