<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China akan Terus Hulur Bantuan kepada Warga China di Syria

    (CRI)Isnin 09 Disember 2024

    Kerajaan China secara proaktif memberikan bantuan kepada warga China yang ingin meninggalkan Syria dengan cara yang selamat dan teratur, di samping mengekalkan hubungan rapat dengan mereka yang masih berada di negara itu serta memberikan bimbingan keselamatan.

    Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China ketika diminta mengulas mengenai situasi terkini di Syria, pada Ahad.

    Beliau berkata, China memberi perhatian tinggi terhadap perkembangan situasi di Syria dan berharap kestabilan akan dipulihkan di negara itu secepat mungkin.

    "Pihak berkaitan di Syria digesa mengambil langkah perlu untuk menjamin keselamatan institusi dan individu China di Syria.

    "Pada masa ini, kedutaan China di Syria masih beroperasi, dan kami akan terus memberikan bantuan kepada warga China yang memerlukannya," kata jurucakap itu.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频