<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Pelancongan Musim Sejuk Kini Bermula di Hulun Buir

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 13 November 2024
    Pelancongan Musim Sejuk Kini Bermula di Hulun Buir
    Satu acara diadakan bagi menandakan bermulanya pelancongan musim sejuk di bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Lyu Leyan)

    Pelancongan musim sejuk di bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China secara rasminya membuka tirai pada 7 November 2024.

    Menurut Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan wilayah itu, untuk lima bulan yang seterusnya, Hulun Buir akan melancarkan pelbagai perkhidmatan dan produk pelancongan musim sejuk bagi memastikan pengunjung dapat mengalami sendiri tarikan unik landskap bersalju Mongolia Dalam.

    Di salah satu acara yang menandakan bermulanya pelancongan musim sejuk di bandar Yakeshi yang turut ditadbir oleh Hulun Buir, para pelancong dilihat menikmati pelbagai jenis aktiviti yang ditawarkan termasuk menunggang kuda, menjamu hotpot, karting ais, dan melihat ukiran salji.

    Satu acara diadakan bagi menandakan bermulanya pelancongan musim sejuk di bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Lyu Leyan)
    Peranginan Ski Gunung Fenghuang dibuka kepada kunjungan awam di bandar Yakeshi yang ditadbir oleh bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Lyu Leyan)
    Pelancong menunggang motosikal di atas salji di bandar Yakeshi, yang ditadbir oleh bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Li Rong)
    Produk pertanian dipamerkan semasa acara yang diadakan bagi menandakan bermulanya pelancongan musim sejuk di bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Li Rong)
    Satu acara diadakan bagi menandakan bermulanya pelancongan musim sejuk di bandar Hulun Buir di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, pada 7 November 2024. (Foto/Kou Yanan)

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频