<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Bebas Visa: Xinjiang Sambut Penerbangan Sewa Khas Pertama dari Malaysia

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 09 September 2024
    Bebas Visa: Xinjiang Sambut Penerbangan Sewa Khas Pertama dari Malaysia

    Tepat pukul 7.45 pagi Jumaat lalu, penerbangan MH8828 yang membawa 202 orang pelancong bertolak dari Kuala Lumpur dan mendarat di Urumqi, ibu kota wilayah autonomi Uygur Xinjiang.

    Untuk rekod, ia juga penerbangan sewa khas pertama dari Malaysia setelah dasar pengecualian visa dilaksanakan antara China dan Malaysia.

    Difahamkan, sebanyak sepuluh penerbangan sewa khas dijadualkan untuk membawa 2,000 pelancong Malaysia ke Urumqi bagi tempoh September hingga Oktober.

    Menurut maklumat, penerbangan sewa khas tersebut akan mengambil masa 6 jam 50 minit untuk perjalanan sehala, dan antara tempat yang akan dilawati rombongan tersebut dalam tempoh 9 hari 8 malam itu adalah termasuk Tasik Sailimu, Jiangbulake, dan Tasik Kanas.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频