<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Mesyuarat GEIDCO Fokuskan Transformasi Hijau

    (CRI)Khamis 11 Julai 2024

    Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Kesalinghubungan Tenaga Sejagat (GEIDCO), delegasi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa agensi PBB bersama-sama mengadakan mesyuarat bertemakan kesalinghubungan tenaga sejagat, di sini pada Rabu.

    Mesyuarat sempena Forum Politik Peringkat Tinggi Pembangunan Mampan PBB itu turut mengeluarkan Laporan Penyelidikan Indeks Pembangunan Tenaga Elektrik Sejagat

    Pengerusi Perhimpunan Agung ke-78 PBB Dennis Francis ketika berucap pada mesyuarat itu berkata, mewujudkan sasaran setiap individu boleh memperoleh tenaga yang boleh tanggung menjelang 2030 tetap menjadi tugas utama PBB.

    Wakil tetap China ke PBB Fu Cong menyatakan, pelaksanaan Agenda 2030 di lingkungan sejagat tidak memenuhi jangkaan, dan pelbagai negara perlu mempertahankan multilateralisme yang benar, menyingkirkan unilateralisme, perlindungan dan rintangan hijau, dan bertindak mendorong sistem tadbir urus tenaga sejagat ke arah adil, rasional, seimbang dan inklusif.

    Turut hadir adalah Ketua Pengarah Program Pembangunan PBB (UNDP) Achim Steiner, serta Pengerusi GEIDCO Xin Baoan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频