<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Rondaan Empat Negara ke-142 di Sungai Mekong Berakhir

    (CRI)Isnin 24 Jun 2024

    Dua bot penguatkuasa China yang masing-masing bernombor 53107 dan 53101 belayar dengan lancar dalam perjalanan balik ke dermaga Jingha dan Guanglei, daerah Xishuangbanna China pagi Jumaat, menandakan rondaan dan penguatkuasaan bersama China-Laos-Myanmar-Thailand ke-142 di Sungai Mekong berakhir dengan jayanya

    Operasi rondaan yang membabitkan pelayaran sepanjang lebih 630 kilometer itu, menyaksikan penglibatan 130 orang penguatkuasa dari keempat-empat negara tersebut, yang masing-masing menaiki 7 bot dalam menjalankan tugasan selama empat hari tiga malam.

    Sempena Hari Antarabangsa Antidadah Ke-37, keempat-empat negara tersebut telah melancarkan aktiviti jelajah yang bertemakan "kehidupan yang sihat, hijau tanpa dadah" di Mengmo, Laos, membantu khayalak ramai meningkatkan kesedaran tentang antidadah melalui panji-panji dalam bahasa berlainan yang terpasang pada bot penguatkuasa, turun padang di peringkat akar umbi membabitkan kampung, sekolah dan premis perusahaan, dan menyeru rakyat pelbagai negara yang menetap di kedua-dua tebing sungai Mekong giat melibatkan diri dalam aktiviti antidadah demi pembangunan bersama laluan pelayaran yang selamat.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频