- Lain-lain
 
China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'
Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng dan Ketua Pengarah Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung Biasiswa 'Tembok Besar' Tajaan Bersama Republik Rakyat China-UNESCO bagi melanjutkan pelaksanaan program terbabit.
Audrey Azoulay menghargai kerjasama yang erat dengan China sejak sekian lama, menyatakan kedua-dua pihak mempunyai banyak fahaman yang sama dalam bidang pendidikan, dan menyifatkan Biasiswa 'Tembok Besar' itu satu program ikon dalam kerjasama kedua-dua pihak yang sudah melakar kejayaan dalam bidang pendidikan.
Seramai 75 orang belia dari negara membangun berpeluang menuntut ilmu di peringkat ijazah dan lepasan ijazah di universiti-universiti China selama setahun atas tajaan program Biasiswa 'Tembok Besar' yang ditubuhkan pada tahun 1994.
- Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi
 - Program STEM China Antara Terbaik di Dunia
 - Taburan Pelajar China di Luar Negara Semakin Pelbagai
 - Sekolah Malam Cuit Hati Generasi Muda China
 - “Kursus Cinta” Jadi Elektif Universiti, Bukan Ajar Cari Kekasih
 - Pemansuhan Sistem GPA Terima Pelbagai Maklum Balas
 - Forum Presiden Universiti 2023 Diadakan dengan Jaya di Shenyang
 - Xi Ucap Tahniah Menjelang Hari Guru
 - Tadika yang Terletak pada Ketinggian lebih 4,500 Meter
 - China Gubal Undang-undang Pendidikan Prasekolah
 
				
			



