<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • EU Digesa Henti Politikkan Isu Dagangan

    (CRI)Jumaat 14 Jun 2024

    Kesatuan Eropah (EU) digesa supaya segera membetulkan kesalahan dan mengelak daripada merosakkan rasa saling percaya, dialog dan kerjasama antara China dengan EU.

    Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian susulan pengumuman Suruhanjaya Eropah bahawa tarif sementara sehingga 38.1 peratus akan dikenakan ke atas kenderaan elektrik diimport dari China bermula 4 Julai.

    Untuk itu, Lin menyelar tindakan EU seumpama adalah amalan perlindungan yang mengabaikan fakta serta peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

    "Ia bertentangan dengan aliran sezaman dan takkan membawa keuntungan buat sesiapa pun,” ujar beliau dalam taklimat harian di Beijing pada Khamis.

    Beliau turut menuntut EU supaya berhenti mempolitikkan isu dagangan, sebaliknya menyelesaikan pergeseran berkenaan menerusi dialog dan rundingan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频