<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Xi Jinping Ucapkan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-30 Hubungan Diplomatik China-Macedonia Utara

    (CRI)Khamis 12 Oktober 2023

    Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Macedonia Utara Stevo Pendarovski saling mengirim perutusan tahniah sempena sambutan tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

    Xi dalam perutusannya menyatakan bahawa beliau mementingkan perkembangan hubungan antara China dengan Macedonia Utara dan bersedia bersama-sama Presiden Pendarovski untuk meningkatkan kesalingpercayaan, persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

    Beliau menyatakan akan mengambil ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu untuk mencipta masa depan China-Macedonia Utara yang lebih indah, serta memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

    Pendarovski dalam perutusannya menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik, Macedonia Utara dan China saling menghormati pilihan strategik pihak lain, dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang menjadi semakin rapat.

    Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan China untuk mendorong pembangunan bersama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频