<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Wang Yi Utus Tahniah Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia

    (CRI)Khamis 31 Ogos 2023

    Menteri Luar China Wang Yi menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia yang disambut pada hari ini.

    Wang berkata China dan Malaysia merupakan jiran bersahabat secara tradisinya. Perkembangan hubungan kedua-dua negara sentiasa diberi keutamaan dalam dasar luar China.

    Menurut beliau, konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia turut menunjukkan hala tuju pembangunan ikatan bilateral pada fasa seterusnya.

    Wang meluahkan kesediaan untuk mengekalkan kolaborasi rapat dengan Zambry ke arah memperkukuh kerjasama pragmatik kedua-dua negara serta memperhebat penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau, sekali gus melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频