<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Anak Panda Yi Yi, Sheng Yi Dihantar Pulang ke China Hari Ini

    (CRI)Selasa 29 Ogos 2023

    Anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia akan dihantar pulang ke Chengdu, China hari ini.

    Zoo Negara Malaysia menerusi perkongsian di media sosial mengucapkan selamat jalan kepada dua anak panda itu serta menzahirkan rasa bersyukur diberi masa bersama mereka.

    Yi Yi dan Sheng Yi merupakan anak pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh China kepada Malaysia pada 2014.

    Setakat ini, pasangan itu telah melahirkan tiga anak panda yang amat disukai penduduk tempatan.

    Video

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频