<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Protes di Seoul Bantah Rancangan Jepun Buang Air Sisa Radioaktif

    (CRI)Isnin 17 Julai 2023

    Parti pembangkang Korea Selatan, Parti Keadilan mengadakan demonstrasi di depan kedutaan besar Jepun pada Ahad sebagai membantah rancangan negara itu membuang air tercemar dari loji nuklear Fukushima ke laut.

    Para penunjuk perasaan turut menyeru agar masyarakat antarabangsa bersinergi menentang rancangan Jepun seumpama.

    Sehari sebelumnya, Konfederasi Kesatuan Perdagangan Korea (KCTU) melancarkan perhimpunan besar-besaran di Seoul bagi memprotes rancangan Jepun melepaskan air tercemar nuklear ke laut, serta menyampaikan ketidakpuasan terhadap sikap kerajaan Yoon Suk-yeol dalam isu berkenaan.

    Perhimpunan itu disertai hampir 30,000 orang daripada 37 kumpulan di Korea Selatan.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频