<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • China Seru Hak Imigran Diberi Perlindungan Berkesan

    (CRI)Selasa 27 Jun 2023

    Misi China menzahirkan keprihatinan terhadap masalah pencabulan hak imigran oleh negara maju termasuk Britain ketika berucap dalam sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang berlangsung pada Isnin.

    Dalam pada itu, China menggesa supaya hak dan kepentingan imigran diberi perlindungan yang berkesan.

    Menurut wakil China, negara-negara yang menikmati manfaat daripada pendidikan dan imigran berkemahiran tinggi, sepatutnya memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus berkaitan imigran di peringkat global.

    Namun, segelintir negara maju bukan sahaja gagal menangani masalah pencabulan hak imigran yang wujud sejak sekian lama, malah menjadi pendorong utama kepada krisis pelarian dan migran di lingkungan sejagat.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频