<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • ILO Seru Hapuskan Gejala Buruh Kanak-kanak

    (CRI)Selasa 13 Jun 2023

    Sidang peringkat tinggi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland menyeru masyarakat antarabangsa bertindak menghapuskan gejala buruh kanak-kanak bersempena Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia pada Isnin.

    Hubung kait antara keadilan sosial dengan usaha menghapuskan gejala buruh kanak-kanak dijadikan fokus pada sidang yang bertemakan “Keadilan Sosial untuk Semua. Hapuskan Gejala Buruh Kanak-Kanak” kali ini.

    Para perwakilan menekankan mendesaknya untuk menghapuskan gejala buruh kanak-kanak sambil membincangkan langkah konkrit untuk meningkatkan keadilan sosial.

    Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video berkata bahawa terdapat 160 juta kanak-kanak, iaitu hampir satu persepuluh daripada keseluruhan di dunia terpaksa mencari rezeki dengan tangan sendiri pada masa ini.

    "Kita mesti berjuang menentang gejala buruh kanak-kanak dengan memperjuangkan keadilan sosial yang lebih luas."

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频