<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • E-niaga Rentas Sempadan Berkembang Pesat

    (CRI)Khamis 01 Jun 2023

    Menurut maklumat Kementerian Perdagangan China, jumlah entiti e-niaga rentas sempadan di negara ini melebihi 100 ribu, manakala skala import dan eksport e-niaga rentas sempadan banyak meningkat.

    Sehingga kini, sebanyak 165 zon demonstrasi komprehensif e-niaga rentas sempadan telah dibina di China, bagi melaksanakan langkah percubaan dan seterusnya dipromosi ke seluruh negara.

    Pada beberapa tahun kebelakangan ini, zon-zon demonstrasi tersebut berusaha memupuk pengamal pasaran, membaiki persekitaran e-niaga rentas sempadan, sekali gus menggalakkan penambahbaikan dan kenaiktarafan perindustrian setempat.

    Menurut makluman kementerian itu, nisbah import dan eksport barangan e-niaga rentas sempadan dalam jumlah perdagangan luar China meningkat daripada tidak sampai 1 peratus pada lima tahun lalu kepada kira-kira 5 peratus pada masa ini.

    Di samping itu, rakan dagangan e-niaga rentas sempadan China meliputi setiap pelosok di dunia. Sehingga kini, China telah menandatangani momerandum persefahaman (MoU) e-niaga dua hala dengan 29 negara.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频