<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Isu Semenanjung Korea: Tangani Kebimbangan Semua Pihak Berkepentingan

    (CRI)Selasa 09 Mei 2023

    Pelbagai pihak dinasihatkan berpegang kepada penyelesaian politik, komited untuk menangani kebimbangan sah masing-masing secara seimbang, dan memelihara keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.

    Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika menjawab soalan wartawan berkaitan pertemuan kemuncak Jepun dan Korea Selatan, dalam sidang media pada 8 Mei.

    Untuk rekod, pertemuan kemuncak Jepun-Korea Selatan pada 7 Mei telah membincangkan isu nuklear dan peluru berpandu Korea Utara. Kedua-dua negara itu memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan antara Jepun dan Korea Selatan, dan antara Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan.

    Mengulas perkara tersebut, Wang Wenbin menegaskan bahawa punca dan sejarah isu Semenanjung Korea adalah jelas. Tiada jalan keluar bagi pembentukan blok kecil dan tindakan konfrontasi.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频