<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Kempen Promosi Perbelanjaan Pelancongan-Budaya Dilancarkan

    (CRI)Isnin 24 April 2023

    Kempen Promosi Perbelanjaan Pelancongan dan Kebudayaan 2023 dilancarkan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Ahad.

    Bertemakan 'Promosi Perbelanjaan Pelancongan-Budaya, Berkongsi Hidup yang Bahagia', kempen itu merangkumi pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan, pameran, konsert, aktiviti menghayati warisan budaya tidak ketara, budaya digital, rekreasi dan hiburan, pesta muzik dan lain-lain.

    Acara yang berlangsung secara hibrid itu bertujuan merangsang kedinamikan dan mengoptimumkan suasana perbelanjaan bagi memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah.

    Sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei, Minggu Perbelanjaan Pelancongan dan Kebudayaan Kebangsaan akan turut diadakan serentak untuk membolehkan rakyat menikmati percutian melalui produk kebudayaan dan pelancongan yang unggul.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频