<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat

    (CRI)Jumaat 14 April 2023

    Preisden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass menyatakan bahawa ekonomi China telah menunjukkan momentum yang positif dan menyumbang kepada pertumbuhan sejagat di sebalik pemulihan ekonomi dunia yang lembap semasa ini.

    Malpass telah mengadakan sidang media untuk membentangkan pandangannya tentang sejumlah topik termasuk cabaran utama yang dihadapi sejagat dan kaedah masyarakat antarabangsa bagi menghadapinya sempena sidang musim bunga 2023 Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang berlangsung di Washington pada Khamis.

    Malpass menyatakan bahawa sepanjang lawataannya ke China pada bulan Disember tahun lalu, beliau telah melihat dengan mata sendiri ekonomi China yang melantun berikutan penguatkuasaan dasar pencegahan wabak Covid-19 yang disusun semula. Kadar pertumbuhan ekonomi China berkemungkinan meningkat dari 3% pada tahun 2022 ke 5.1% pada tahun ini sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sejagat. Usaha China untuk mempercepat pemulihan ekonomi dan memastikan rantai bekalan sejagat amat ketara.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频