<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Sektor “Sci-fi” China Kaut 82.96B Yuan pada 2021

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 Februari 2023
    Sektor “Sci-fi” China Kaut 82.96B Yuan pada 2021

    Menurut Laporan Industri Fiksyen Sains 2022 (Chinese Science Fiction Industry Report) yang diterbitkan pada 18 Februari, sektor sci-fi China mengaut perolehan 82.96 bilion yuan pada tahun 2021, iaitu meningkat 50.5% tahun ke tahun.

    Laporan tersebut memfokuskan empat sub-sektor cereka sains, iaitu perbukuan sci-fi, filem dan siri drama sci-fi, permainan sci-fi dan produk derivatif.

    Jumlah perolehan industri perbukuan sci-fi mencapai 2.7 bilion yuan, iaitu meningkat 15.4% tahun ke tahun. Antaranya, hasil daripada buku digital paling menonjol, manakala buku audio menunjukkan momentum pertumbuhan yang kuat.

    Industri filem dan siri drama sci-fi pula merekodkan jumlah perolehan 7.19 bilion yuan, iaitu tumbuh 171.4%. Kutipan tiket filem menunjukkan tanda pulih.

    Dalam pada itu, perolehan industri permainan sci-fi mencapai 67 bilion yuan, meningkat 39.6% tahun ke tahun, sementara bagi produk derivatif, kenaikan 186.3% dicatat dengan jumlahnya mencapai 6.07 bilion yuan.

    Turut dinyatakan laporan tersebut bahawa dengan struktur industri semakin diselaraskan, bandar-bandar China juga menerapkan unsur-unsur cereka sains dalam pembangunan sektor pelancongan dan kebudayaan. 

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频