<li id="qqqqq"><source id="qqqqq"></source></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • <li id="qqqqq"></li>
  • <li id="qqqqq"><tt id="qqqqq"></tt></li>
  • Roket Long March-7A Berjaya Dilancarkan

    (CRI)Isnin 09 Januari 2023

    Roket pembawa Long March-7A berjaya dilancarkan di Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, selatan China tepat jam 6.00 pagi tadi, sekali gus menghantar satelit Shijian-23 ke orbit yang ditetapkan.

    Misi pelancaran satelit yang pertama pada 2023 ini adalah bagi kegunaan eksperimen saintifik dan pengesahan teknikal.

    Untuk rekod, poket pembawa Long March-7A merupakan roket pembawa bersaiz sederhana generasi baharu di China.

    Berdasarkan teknik siri roket pembawa Long March 7 dan siri roket pembawa Long March 3A, kapasiti pemindahan orbit Long March-7A boleh mencapai 7 tan, sekali gus mengisi jurang keupayaan kapasiti pelancar China daripada 5.5 tan kepada 7 tan di orbit tinggi.

    Pada masa ini, Long March-7A boleh disesuaikan dengan dua jenis fairing dengan diameter 4.2 meter dan 3.7 meter, selain berkeupayaan melancarkan satu atau dua satelit dalam satu misi.

    Bagi misi kali ini, roket Long March-7A menggunakan fairing dengan diameter 4.2 meter, dan ketinggian keseluruhan roket ialah 60.1 meter.

    Sejajar dengan permintaan China untuk pelancaran satelit orbit tinggi yang terus berkembang, kapasiti pengeluaran roket Long March-7A juga akan terus ditingkatkan.

    Kini, China dapat menghasilkan 4 hingga 6 buah roket Long March-7A setahun, dan dijangka mampu mencapai 8 hingga 10 setahun menjelang 2025.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    看国产黄色片看国产黄色视频